dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Multimedia - Online Foto Editor

14 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 13 Julai 2018, telah diadakan satu Kelas Multimedia: Online Foto Editor. Kelas multimedia ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas multimedia ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Tujuan Kelas Multimedia: Online Foto Editor ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara untuk menyunting gambar menerusi atas talian secara percuma dengan menggunakan Online Foto Editor. Di dalam kelas multimedia pada kali ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan fungsi yang terdapat di dalam laman Online Foto Editor - Fotor ini.

Selain itu, mereka juga boleh memilih untuk menambah kesan kepada gambar yang mereka edit seperti kesan lomo, hitam dan putih, vintage dan banyak lagi. Mereka juga boleh menambah pelekat di dalam gambar mereka dan menambah pelbagai jenis tulis yang telah di sediakan. Mereka telah diberikan tugasan untuk menyunting gambar dengan menggunakan “tool” yang telah disediakan. Mereka diberikan masa selama satu jam untuk menyiapkan gambar tersebut dengan menggunakan segala peralatan yang terdapat di dalam laman Online Foto Editor. Mereka telah di ingatkan agar tidak memasukkan apa-apa gambar atau penulisan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada mereka pada masa akan datang. Mereka juga boleh memasukan teks dan juga kesan yang boleh membuatkan gambar menjadi lebih menarik.

Di akhir kelas multimedia ini, mereka telah berjaya menghasilkan gambar dengan kesan yang menarik berdasarkan kreativiti mereka sendiri dan mereka juga telah memahami setiap pelajaran berkaitan cara untuk menyunting sesuatu gambar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.